Rabu, 18 Mac 2020

Pesan buat Pemikul Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt



Hari-hari kuarantin, kebanyakan orang mungkin gunakan untuk berehat, bersenang-senang dll. Maklumlah, mungkin selama ini hidup kita dihimpit kesibukan dunia – bekerja dsb.
Jadi waktu-waktu sebegini, punyalah saya kesempatan mungkin untuk menulis dan berkongsi – apalah kan yang kita usahakan waktu-waktu sebegini?

Kalau saya, sebahagiannya saya habiskan dengan belajar, berinteraksi maya (memandangkan kena duduk diam-diam kat rumah), baca al-Quran, sustain perniagaan, mendengar tazkirah rakaman dan juga memasak <3. 

Rugilah waktu senggang ini kita tak syukurinya dengan sebaiknya, gunakan untuk meningkatkan kualiti diri (dan kualiti masakan? Haha).

Tapi hari ini, saya bukan nak kongsikan tentang resepi masakan ke apa. Sebab saya masak pun experiment je, bukannya masak secara serius (contohnya: tauhu tu actually kita boleh makan as tau fu fa. Beli tauhu dan buat air gula, lepas tu makan).

Instead, hari ini saya nak kongsikan tentang suatu rakaman sharing oleh Dr. Haji Mohd Hizul Azri, penasihat NGO MyFundAction. Ada kawan yang recommend pada saya rakaman ni, so saya pun “hmmmm menarik” lalu dengar; spent about 40 minutes listening dan wah banyak sangat input yang saya dapatkan. 40 minit tu tak lama ok, selalu steady je kan kalau tonton drama sejam.

So sedikitlah saya akan kongsikan hari ini, daripada sharing tu. Ayatnya saya olah, dan ada juga sebahagiannya saya tambah tapi masih bersesuaian dengan mesej sharing tersebut:

1. Berkenaan iman:
Iman adalah satu hal yang sangat mudah berubah-ubah. Sangat sensitif. Lagi-lagi bila kit ani berada dalam zaman yang disebutkan Nabi SAW sebagai satu zaman – yang mana manusia beriman paginya, kemudian kufur petangnya; ada juga orang yang beriman petangnya, kemudian kufur paginya (Hadis Muslim). 

Dalam masa 12 jam sahaja, imannya boleh merentas dari range yang paling tinggi ke range yang paling rendah.

Sangat mudah dicemari, sangat cepat dicemari. Tapi ramai kita yang tak pernah perasan, kerana orang sekeliling kita orang kebanyakan juga tak perasan dan tak menegur; dan kita juga tak sensitif dengan keadaan iman kita sendiri.

Iman ini, dia mempunyai spektrum. Sama macam kadar pencemaran air – pun ada spektrum. Sungai Klang bukannya tiba-tiba tercemar – tapi dia bermula dengan sedikit demi sedikit – sungainya hilang jernihnya.

Macam tu juga dengan iman kita. Iman kita tercemar dengan sedikit demi sedikit. Bukannya tiba-tiba murtad. Bukannya tiba-tiba kufur. Tapi dengan sekecil-kecil pollutant yang kita perkenalkan kepada iman kita, sesungguhnya lama-kelamaan ia akan merosak iman kita; bak kata modified-pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi gelap hati’.

Jadi jangan sekali-kali kita memanjakan nafsu kita dan melemahkan iman kita sendiri dengan sebarang pollutant tak kiralah sekecil mana pun pollutant tu;

Tinggalkan apa yang tak memberi manfaat kepada diri kita (Hadis Tirmizi).

Tinggalkanlah games, permainan dan kelekaan-kelekaan yang tak memberikan sebarang manfaat dunia dan akhirat (62:11).

Tinggalkanlah sikap membuang masa dan bermalas-malas. Doa Nabi SAW ajarkan pada kita pada tiap kali ma’thurat pagi dan petang – “…dan aku berlindung kepada Engkau Ya Allah daripada sikap lemah dan malas..” – doa itu perlu dituruti dengan usaha.

Tinggalkanlah segala dosa dan maksiat yang kita lakukannya sedangkan kita tahu ia adalah dosa dan kesalahan (8:27).

Jangan diikut orang kebanyakan (6:116). Sesuatu yang ramai orang melakukannya bukanlah menjadi dalil untuk kita pula membiasakan diri kita dengannya. Manusia kebanyakan kata ‘main games tiada salahnya cuma harus berpada-pada’, itu bukan dalil untuk kita juga menjebakkan diri dalam kelalaian – terutamanya buat orang yang ingin menjadi orang yang utama di sisi Allah (23:1-3).


Dan ini adalah antara point yang saya tertarik untuk emphasize di sini:
Allah itu tidak akan menzalimi sesiapa pun, walaupun sebesar zarah (4:40). Allah tidak menzalimi orang yang beriman, tidak juga orang yang kufur, tidak juga haiwan, pokok-pokok dan segala macam makhluk.

Jadi kalau kita hari ini telah merasakan hilangnya kelazatan dalam ibadah, hilang manis dalam perkara iman, Allah tarik nikmat iman – itu bukan Allah yang zalim. Tapi kita yang gedik-gedik mendekati dunia sampai kita menjadi tenteram dengan kelekaan dan dunia.

Kita yang gedik-gedik mencari ketenangan lain selain daripada apa yang ada di sisi Allah. Padahal ketenangan itu ada di sisi Allah (13:28).

Kita yang mencari-cari rasa tenang dapat release stress dengan mendengar lagu yang bukan-bukan, dengan games, dengan movie dsb. Sampaikan kita merasa berkecamuk dan meronta-ronta dalam jalan keimanan tapi sebaliknya rasa tenteram dan redha dengan kemewahan, wang dan kesenangan dunia (10:7).

Lalu wajarlah Allah mencabut nikmat keimanan dari diri, bila tak pandai mensyukuri nikmat iman tersebut – na’udzu billah min dzalik.

Keimanan dan akhirat dibandingkan dengan dunia, adalah seperti timur dan barat (Imam Hasan al-Basri). Bila kita menuju ke barat, nescaya yang ditinggalkan di belakang kita itu adalah timurnya – semakin lama semakin jauh.