Isnin, 8 Februari 2021

Puisi: Alahai Bodoh

 Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Kebodohan jarang kurai,
Apalagi dinukil kesebuah puisi,
Apa istimewa bodoh kalini?
Ada nilai harus pelajari;

Pertama kali pena diangkat,
Mencatat kekal bodoh bertingkat,
Untung-untung Mentari Timur,
Gerak beranjak benam ke darat,
Mampus kalau duduknya dekat,
Terbakar rumah senyum tak sempat;

Gelak aku bodohkan diri,
Apa dipikul sampai ke mati?
Ke mana kubuang bodohku ini,
Jangan sampai diwarisi,
Pekatnya kalah besi keluli,
Dicair - aduh, membeku lagi;

Mati salah, alahai hidup pun salah,
Bingkas bangun gerak sajalah;

Terhantuk tapi tak termengadah,
Apa nasib - tak cerdik, tersumpah.


Nawal Zarzaie
Barat Sarawak
9/2/2021

Adab & Tsiqah Seorang Kader Dakwah

 Assalamualaikum.

[Isu: Adab dan Tsiqoh]

Afwan ana dengan rendah hati ingin mengajak untuk kita sama-sama review semula perkara di atas.

Alhamdulillah ikhwah wa akhwat sekalian kita kini masih berada di dalam satu dakwah, ingin mentarbiyah serta membimbing kita ke arah redha Nya.

Namun segelintir antara kita masih mempunyai kesombongan di dalam hati sehingga mengakibatkan kita terlupa adanya hak-hak yang perlu di penuhi bersama baik kepada Jundi (ikhwah akhwat seperjuangan) apatah lagi Qiyadah Dakwah dan Jemaah. 

Ana di sini ingin memperingatkan kita semua para kader dakwah yang Allah dah pilih kita duduk dalam dakwah ni, dalam keadaan keberadaan kita dalam dakwah ni sebenarnya tak mengurang & tak menambahkan pun kemuliaan Allah & dakwah ini 49:17 untuk kita ingati

🎈PERIHAL ADAB
1. Halaqah kali pertama saja dah membahaskan mengenai adab. Kalau dulu ketika awal ditarbiyah, kita mungkin jahiliyah & bodoh, sampai untuk bawa buku nota, bawa Quran terjemahan, pakai pakaian yang proper datang ke halaqah - benda yang basic pun kita perlu diberi pengarahan barulah kefahaman datang kemudiannya asbab adab & ketaatan.

2. Dan semakin dewasa kita dalam dakwah, seharusnya tak perlu pun sekecil-kecil common sense adab kita yang bergelar daie ni pun perlu nak diberi pengarahan. Tapi itulah hakikat, Wallahu a'lam kenapa dengan generasi kini, termasuk diri ana yang menulis ni, bila basic common sense pun terpaksa di-instill satu persatu, study case kadang2 kena dibagi satu persatu mungkin sebab sangat2 tak menggunakan otak

3. contoh pengarahan yang terpaksa dibagi walaupun halaqah dah lama:
🏮bila ditegur, dengar. kalau tak faham kenapa kena tegur, tanya
Tak kiralah siapa pun yang menegur kita, baik i/a lebih muda, sebaya apatah lagi kalau Qiyadah, murobbi yang menegur kita 
Bilamana telah nyata kita melakukan kesalahan, tak kiralah pada level apa sekalipun bahkan yang berlevel melibatkan individu tarbiyah dzatiyyah, lalai dalam melaksanakan mutabaah contohnya, maka seandainya benar kita ni orang yang nak beriman, sepatutnya kita tunduk dengan teguran itu & melakukan perbaikan.
'terimakasih akhi/ukhti sebab tegur ana'

Apatah lagi seandainya kesalahan yang dilakukan itu melibatkan gerak kerja dakwah, melibatkan Qiyadah which is a level higher than kesilapan individu. kesilapan yang bakal mengeffect dakwah
Terlebih lagilah kita wajib menerima teguran tersebut, bukan menyombongkan diri & menuding jari especially bila yang menegur itu Qiyadah kita.
Terimalah dengan tenang & lapang dada.

Hakikatnya 'boleh jadi' kita akan terasa dengan teguran yang diberi. 
Tapi teguran dibuat untuk menyelamatkan dakwah. Kalau dah memang salah kita 4:135
Supaya kesilapan kita tu diperbetulkan & dakwah dapat diteruskan dengan lancar.

Apalah sangat korbankan perasaan kita demi dakwah 2:207

Atau kalau kita benar-benar tak faham kesilapan kita walaupun dah trace sampai ke lubang cacing tak nampak mana salah kita, tanya untuk kita lebih faham apa salah kita.
Kalau dah memang bodoh tak tahu sangat -- bertanya & in syaa Allah orang yang menegur akan bagitau apa salah kita.

🏮bila diarahkan, taat. kalau tak faham kenapa kena buat, tanya
Kalau dulu ketika awal-awal halaqah, kita tak faham pun kenapa kena daurah, kenapa halqah setiap minggu, kenapa kena mentajmik. Mungkin ada yang melakukan dalam keadaan terpaksa, berkorban banyak benda dalam keadaan belum faham kenapa dakwah menuntut sebegitu rupa. Tapi asbab taatkan murobbi, Allah bagi izin untuk kita faham walaupun kemudiannya

Bilamana kita menjadi penggerak dakwah, sebenarnya ada banyak benda yang kadang-kadang kita tak faham. 
"Kenapa ana yang kena? Kenapa asyik ana yang kena buat? Ana tak faham" ayat yang selalu kita guna
Dan kalau kita tanya, mungkin kita dapat jawapan. Tapi kadang-kadang kita tak dapat jawapan

Tapi sejauh mana kita mentsiqahi Qiyadah kita dalam keputusan yang mereka letakkan. Seseorang itu diletakkan pada posisi yang bersesuaian dengannya, bukan bodoh-bodoh bukan saja-saja

Kita sibuk memperhatikan kalau mutarobbi tak buat pengarahan yang kita bagi. Tapi kita lupa perhatikan diri kita sendiri yang juga rebellious bila menerima sesuatu pengarahan, padahal tak sepatutnya seorang daie itu bersikap selain dari taat 24:51, 2:285, 33:36. Sekalipun dia tak faham - & some of us memang 'lampi & lembap' - tak dapat nak faham hikmah pengarahan.

Tapi lampi & lembap, seandainya taat, lebih mulia berbanding bijak pandai yang angkuh 4:46, 2:93

🏮bila ditag di-pm di-call, respon. kalau tak faham kenapa kena call pm tag, tanya
Sikap merespon ketika diseru (baca: di tag)  ini adalah satu sikap yang sangat berkait dengan adab. Sebab itu kenapa Imam Syahid Hasan Al Banna menterjemah ketaatan itu secara ringkasnya adalah :

"Buat dengan cepat, baik ketika waktu lapang mahupun sempit samada dalam hal yang disukai atau dibenci."

Jika antum mempunyai sebarang halangan, lebih baik untuk reply dan memaklumi bila antum akan reply. Kan lebih mulia & menenangkan jiwa?
Jangan jadi orang yang ada mata buta ada telinga tuli 7:179
Dan kalau perangai jenis sekadar seen tapi tak reply tak kiralah apa alasan sekalipun -- jangan ingat takda dalil - 10:43

Dan bila membahas tentang merespon, kepada siapa kita perlu merespon? Kepada semua ikhwah akhwat, walaupun junior, satu batch bahkan sesiapa sahaja termasuk ahli unit yang berada di cawangan. 

Rasulullah SAW bersabda : "Seorang Muslim memiliki keharusan (baca:hak) untuk memberikan enam kebaikan kepada Muslim lain : memberi Salam bila bertemu, menjawab bila diseru, mendoakan bila dia bersin, menziarahi ketika dia sakit, menghantar jenazahnya apabila dia meninggal dan mencintainya dengan cara yang juga disukai oleh dirinya"

Mari sama-sama baiki dan tingkatkan rasa hormat kita sesama ikhwah akhwat kita. 

Dan ada juga isu tidak merespon disebabkan tidak tahu apa yang perlu di respon - pelik tetapi benar especially makhluk-makhluk phelgmatik yang buntu & mengambil keputusan untuk bertelepati - yang secara nyatanya bermaksud memilih untuk senyap.

Sebenarnya apabila kita senyap kita telah mengundang masalah yang jauh lebih besar dan menyusahkan ikh akh kita dalam menyelesaikan masalah sebenar yang sedang berlaku. 

"Fas'alu Ahliz-zikri Inkuntum Laa'ta'alamuum" Bertanyalah kepada orang yang mengetahui sekiranya kita tidak tahu, tidak jelas jobskop, tidak pasti tentang tindakan yang perlu diambil. Bertanyalah... Masalah utama tidak taat/merespon ini adalah kerana kita syok buat keputusan sendiri tanpa berbincang.

🏮DAN bila-bila tak tahu, tak jelas tak faham confuse blur dumbfounded, tanya. kalau tak tahu nak tanya apa sebab blur sangat - cakap 'afwan, ana tak faham'

🏮DAN kalau kita terlalu phlegmatik bodoh sampai 'untuk bertanya' pun perlu diremind - BUAT REMINDER SETIAP SEJAM kat alarm clock & jadikan bertanya as mutabaah harian. Rujuk M contact hqmate 'apa lagi yang perlu tahu, perlu dibuat etc'

________________________________________________________

Selain ketaatan, hal ini sangat berkait juga tentang ketsiqohan.  Sejauh mana kita betul-betul faham mengenai tsiqah terhadap Qiyadah, murobbi dan seumpamanya di dalam dakwah.

🎈PERIHAL TSIQAH 
Perkara mengenai Ketsiqahan, arkanul baiah yang dikira dah cukup familiar secara teorinya dengan kita semua, tapi sebenarnya sejauh mana kita betul-betul faham mengenai tsiqah terhadap Qiyadah, murobbi dsb yang seumpama dalam dakwah

Tsiqah kepada Qiyadah should be comes naturally sebenarnya bila kita cukup menanggapi Qiyadah / Ulil Amri kita sebagai orang yang memperkenalkan kita kepada Allah

'Lau la murobbi ma 'aroftu Robbi' - kalau bukan kerana murobbi, aku takkan kenal siapa Tuhanku.

Sehingga kita diajarkan untuk sentiasa mengutamakan keperluan qiyadah dan ikhwh akhwat lain walau tidak minta untuk dibantu sekalipun. Oleh itu mari kita sama-sama menjaga izzah antara kita. Sekiranya didapati qiyadah kita melakukan kesilapan tolong ambil tindakan yang berhikmah. Berbanding bertindak untuk meneur secara terbuka di dalam group-group.

Kita rasa kita tsiqah dengan Qiyadah, tapi apa kita buat bila:
-Qiyadah 'buat salah tak isi spreadsheet' dicanang kalau boleh nak post bagi dunia tengok
-Qiyadah 'buat salah' kemudian selepas dibetulkan, diungkit-ungkit kesalahannya 
-Qiyadah 'buat keputusan yang salah' & instead of bertanya, dipersoalkan pula kredibiliti & mencabar kewibawaan Qiyadah - kononnya tak bagus buat kerja etc

& sebenarnya inilah penyakit yang duduk dalam dakwah ni

Orang yang begini kah kita nak jadi, menumpang dalam dakwah jadi barah?

Mustahil perangai seperti ini yang akan mempertahankan Qiyadah kalau andai satu hari nanti berlaku fitnah terhadap para Qiyadah kita naudzu billah min dzalik.  Khuatir jadi tali barut Yahudi je, bukan tak pernah berlaku dalam Sirah Rasulullah, bahkan pergerakan dakwah moden saja memang kita dah nampak banyak sangat duri dalam daging yang dah direveal dalam banyak buku-buku Ikhwanul Muslimin. Melainkan memang teringin sangat nak mencatat sejarah sebagai orang munafiq macam Abdullah bin Ubayy

Dan adakah kader seperti ini yang berangan-angan nak menghasilkan anak halaqah yang bakal membela dakwah? Membela murobbi sendiri saja tidak

Jadi sama-samalah kita ketuk hati kita, ketuk otak kita, buang bodoh sombong ego perangai munafiq kita, jangan nak mencari-cari memperbesar 'salah Qiyadah' padahal orang itulah yang boleh jadi 99% daripada waktunya yang lain mengingatkan kita dengan Allah & tanggungjawab dakwah.

Sama-sama perbaiki, tegur menegur kalau ada i/a kita yang melanggar tsiqah pada Qiyadah, betulkan & jangan masuk syurga sendiri.

Akhir kalam, fazakkir inna zzikro tanfa'oul mukminin
Berilah peringatan, peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman.

Allahu a'lam. Wasalam

Jazakumullah

-----------------

Nawal Zarzaie (Barat Sarawak)
Sakinah Nadzri (Barat Sabah)