Selasa, 13 Januari 2026

Refleksi: Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Part 1)

 Bismillah arRahman ar Rahim. 

إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Assalamu alaykum wbt.

SAYA SEDIKIT EXCITED. 

Sebab saya buat refleksi dengan cara voice note kepada ChatGPT, then dia tukar jadi proper writing form. So jimat masa saya menulis, dan lebih mudah after this nak tulis entries. Dan lebih laju kita dapat buat entries, more time for other things, and lebih banyak entry kita dapat tulis dalam masa yang singkat.

Ok yang di bawah adalah copy paste dari transcription of my voice note. Of course edited mana yang perlu.

___________________________________

Okey, so walaupun asalnya kita baca buku As-Tsawabit wal-Mutaghayyirat, saya ada masalah untuk baca bab yang pertama sebab saya tak berapa faham. Jadi, kita terpaksa tukar kepada buku lain buat sementara waktu.

Kali ni, kita akan buat reflection untuk satu buku kecil yang ditulis oleh Syeikh Fathi Yakan, seorang syeikh dari Lubnan. 


Madza ya'ni Intima' lil Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam)

Karya: Fathi Yakan

Part 1: Muqaddimah


So yang pertama, kita tengok mukadimah dalam buku ni. Mukadimah dia pendek je. Dalam mukadimah ni, diterangkan yang buku ni ada 2 bahagian.


Bahagian pertama:

Adalah untuk jelaskan syarat-syarat wajib yang perlu ada pada setiap orang Islam. Kenapa bahagian ni penting? Sebab ramai orang masuk Islam tapi macam masuk suka-suka je, tak betul-betul faham apa itu Islam.

Contohnya, dekat sesetengah tempat macam di Borneo, ada yang masuk Islam sebab faktor bantuan macam beras, tapi tak diajar pun pasal Islam tu sendiri.

Lepas tu, ramai juga orang Islam yang lahir-lahir Muslim, tapi sebenarnya tak faham pun Islam tu macam mana. Jadi, mereka ni nampak macam Muslim, tapi sebenarnya belum betul-betul menggabungkan diri dengan Islam.

Dalam bab ni juga diterangkan yang ramai orang tak faham tuntutan sebenar Islam — macam solat, zakat, dan berpegang teguh dengan agama. Islam ni ikut millah Nabi Ibrahim (Surah Al-Hajj, Surah ke-22 ayat 78)

So, persoalan utama dia:

Apa sebenarnya yang buat seseorang tu betul-betul Muslim?

___________________________________

Mukadimah untuk bahagian kedua pula lebih panjang. 


Bahagian kedua:

Intipati dia pasal kewajipan beramal untuk menegakkan Islam dan kewajipan join harakah Islamiah.

Buku ni explain pasal maksud perjuangan dalam Islam, sifat-sifat harakah, matlamat, cara pergerakan, dan metodologi dia.

Penulis bagi contoh yang umat Islam sekarang ni hidup dalam kekosongan, dengan pegangan hidup yang entah apa-apa. Ummat Islam ni tak faham yang semua solution dalam segala permasalahan hidup ni ada dalam Islam. Masyarakat Islam nampak yang Islam ni terpisah dari segala aspek kehidupan yang lain.

Jadi bila ada masalah, kita ambil solusi, contoh cara dari Barat, Timur, kapitalisme, komunisme, demokrasi, dan macam-macam lagi.

Padahal Islam ada panduan. Tapi kita berpaling, mungkin kerana bodoh, atau sombong, atau dua-dua.

Sampaikan masyarakat muslim merasa perlu untuk fit into boxes yang dicipta oleh manusia-manusia jahil yang merasa ideologi mereka kononnya yang terbaik. Sampaikan masyarakat muslim merasa kalau Islam bukan right wing, maksudnya Islam itu left wing.

Padahal Islam ni bukan kanan, bukan kiri, bukan kapitalis, bukan demokrasi, bukan feminis Or whatever mangkuk kind of ideology. 

Islam berdiri sendiri dengan sistem hidup, akidah, akhlak, dan risalah dia sendiri.

Tapi umat Islam cari falsafah lain yang konon-konon lebih hebat daripada Islam. Sedangkan dulu, dengan Islam, umat Islam pernah menguasai dunia.


Contohnya, perlembagaan Malaysia dulu dirangka dengan rujukan British. Ini bukti yang menunjukkan yang kita dah hilang jati diri Islam dan cari panduan dari Barat.


Hakikatnya, kekosongan dan hilang arah ini hanya boleh diisi dengan Islam secara menyeluruh; dari akidah, sistem hidup, akhlak, sampai ke syariah.

Sebab tu harakah Islamiah ni jadi satu tanggungjawab untuk kita pikul dan sebarkan, supaya umat Islam sedar betapa pentingnya kembali kepada Islam.

So, buku ni ada dua bahagian dan dua-dua pun penting.

___________________________________

Soooo itulah muqaddimahnya. 

Untuk next entry, saya akan share pasal bahagian pertama. Dalam bahagian pertama ni ada 6 sub-bahagian:

  1. Saya mestilah muslim dari sudut Akidah
  2. Saya mestilah muslim dari sudut Ibadah
  3. Saya mestilah muslim dari sudut Akhlak
  4. Saya mestilah muslim dari sudut Berkeluarga
  5. Saya mestilah mampu mengawal diri
  6. Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam


Kita akan bahas benda ni dalam next entry. Mayyyybe kalau perbahasannya tak panjang sangat, maybe satu entry kita cover few points.


Okey, bye.

Wallahu’alam.


Time spent: ABOUT 23 MINUTES ONLY ma syaa Allah

Isnin, 5 Januari 2026

Refleksi: Buku as-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Part 2)

 Bismillah arRahman ar Rahim. 

إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Assalamu alaykum wbt.

Ok so today I will try to write within 30 minutes only, I've set a timer. So we're gonna go dive straight to the point.

____________________________________________________

As-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Konsep Tetap & Fleksibel dalam dakwah Ikhwanul Muslimin)
Karya: Jum'ah Amin
Part 2: Sebuah Pendahuluan & Penjelasan

So bab ni menerangkan:

  1. WHY. Kenapa tsawabit tu perlu ada. Dan diterangkan dengan analogi dan ayat Quran.
  2. IMPACT. Kesan what will happen if tsawabit tak ada, atau tak dijaga
  3. BACK STORY. Kenapa dari zaman Rasulullah SAW, istilah 'tsawabit & mutaghaiyirat' ni tak wujud.
  4. WHY. Kenapa diadakan istilah tsawabit & mutaghaiyirat, sedangkan sebelum ni tak pernah wujud. Kenapa kita perlukan sekarang sedangkan dulu tak perlu. Kenapa dibuat inovasi ni?
  5. Usaha yang telah diletakkan penulis untuk sedaya upaya agar tepat penyampaiannya dalam buku ni, tapi still ada disclaimer, sebab manusia biasa tak ma'shum. Pendapatnya boleh diterima & ditolak. Penulis terbuka kepada kritikan dan komen dari para pengemban dakwah.
  6. SIRAH. Sejarah bahawa dari zaman Khulufa ar-Rasyidin, mereka pun terpaksa berijtihad dan melakukan inovasi dan pembaharuan selepas ketiadaan Rasulullah SAW.
  7. Kepentingan untuk para murid tetap terus berfikir dan mengembangkan pelajaran gurunya dengan ijtihad-ijtihad yang baharu. Bukan sekadar mengikut semuanya.
  8. Contoh-contoh cabang ilmu yang baharu, yang dah berkembang walaupun tak wujud pada zaman Rasulullah SAW
  9. URGENCY. Untuk menerangkan tentang tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah dah mencapai tahap yang sangat urgent dan perlu dilakukan sesegera yang mungkin.
  10. STUDY CASE. Study case yang telah berlaku di zaman Mursyidul Am Hasan al-Hudaibi, perihal mentakfir sesama muslim. Berlaku kerana kekeliruan dalam hal yang tsawabit & mutaghaiyirat.
  11. HARAPAN. Dengan didefinisikan tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah, semoga ia dapat diwariskan kepada para penerus dakwah & jemaah.

____________________________________________________

I will not rewrite the chapter of course. Saya akan attach keypoints jak. 

  1. WHY. Kenapa tsawabit tu perlu ada. Dan diterangkan dengan analogi dan ayat Quran:
    • Tsawabit adalah foundation dalam dakwah. Semua benda ada foundation, dan foundation tak boleh diubah-ubah. 
    • Contoh macam bangunan. foundationnya kena kukuh, tetap dan tak bergerak.
    • Foundation dan hukum alam: Surah Yasin : 37 - 40

  2. IMPACT. Kesan what will happen if tsawabit tak ada, atau tak dijaga
    • Impact kalau foundation alam berubah: Surah al-Infitar : 1 - 2 (aka kiamat)
    • Begitulah dakwah dan jemaah. Kalau tak berpegang pada tsawabit, dakwahnya dan jemaahnya akan hancur.
    • Study case yang berlaku sebab foundation tsawabit tak kukuh: mengkafirkan orang lain

  3. BACK STORY. Kenapa dari zaman Rasulullah SAW, istilah 'tsawabit & mutaghaiyirat' ni tak wujud.
    • Sebab zaman tu, kalau berselisih faham je, boleh direct rujuk Rasulullah
    • Imam Hasan al-Banna adalah pencetus istilah tsawabit & mutaghaiyirat. Waktu beliau masih hidup, bila ikhwan berselisih faham tentang manhaj dakwah, boleh direct rujuk.
    • So that's why zaman tu tak ada dicompile jadi buku

  4. WHY. Kenapa diadakan istilah tsawabit & mutaghaiyirat, sedangkan sebelum ni tak pernah wujud. Kenapa kita perlukan sekarang sedangkan dulu tak perlu. Kenapa dibuat inovasi ni?
    • Supaya boleh dirujuk. Bukan buat dakwah ikut rasa-rasa. Ada methodologynya yang dah dicompile, dianalisis, dikritik, dikomen.
    • Dan the presentation of the methodology ni sentiasa boleh dikritik dan ditambah baik. PRESENTATION jak. Tsawabit, konten tsawabitnya adalah tetap.

  5. Usaha yang telah diletakkan penulis untuk sedaya upaya agar tepat penyampaiannya dalam buku ni, tapi still ada disclaimer, sebab manusia biasa tak ma'shum. Pendapatnya boleh diterima & ditolak. Penulis terbuka kepada kritikan dan komen dari para pengemban dakwah.
    • Penulis dalam membukukan karya ini, telah menerima banyak komen dari para ikhwan yang lainnya. Untuk sama-sama pastikan kontennya betul dan sedaya upaya supaya orang tak salah faham

  6. SIRAH. Sejarah bahawa dari zaman Khulufa ar-Rasyidin, mereka pun terpaksa berijtihad dan melakukan inovasi dan pembaharuan selepas ketiadaan Rasulullah SAW.
    • Kisah tentang compilation of al-Quran
    • Juga the history of membubuh titik dan tanda baris dalam al-Quran

  7. Kepentingan untuk para murid tetap terus berfikir dan mengembangkan pelajaran gurunya dengan ijtihad-ijtihad yang baharu. Bukan sekadar mengikut semuanya.
    • Seandainya para sahabat tak berijtihad untuk compile al-Quran, boleh jadi sampai sekarang kita tak ada mushaf al-Quran yang fizikal
    • Mazhab fiqh juga terus berkembang sebab para murid terus mengkritik dan cuba untuk berijtihad atas pendpat guru mereka
    • Imam Laits lebih faqih berbanding Imam Malik. Tapi mazhabnya tak berkembang, sebab murid-muridnya tak top-up pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka.
    • Jadi that's why methodology dakwah ni pun, kita kena keep on top-up pelajaran yang diajarkan oleh guru kita

  8. Contoh-contoh cabang ilmu yang baharu, yang dah berkembang walaupun tak wujud pada zaman Rasulullah SAW
    • Nahu, sorof dan balaghah al-Quran: sebab semakin ramai orang bukan arab masuk Islam
    • Fiqh keutamaan, fiqh realiti, fiqh dakwah: pun tak wujud zaman dulu. Tapi sebab keperluan manusia, dia jadi wujud
    • Fiqh autism contohnya. Dulu tak wujud. Tapi sekarang wujud sebab masyarakat perlukan.

  9. URGENCY. Untuk menerangkan tentang tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah dah mencapai tahap yang sangat urgent dan perlu dilakukan sesegera yang mungkin.
    • Sebab sistem sekarang memandang semua benda perlu ada fleksibiliti. Sistem yang kita hidup di dalamnya mengajarkan yang demikian - sekularisme, liberalisme, kapitalisme, demokrasi, komunisme dsb
    • Dan semakin banyak juga perihal-perihal mutaghaiyirat yang wujud - perihal wanita dalam politik, perihal parlimen dsb

  10. STUDY CASE. Study case yang telah berlaku di zaman Mursyidul Am Hasan al-Hudaibi, perihal mentakfir sesama muslim. Berlaku kerana kekeliruan dalam hal yang tsawabit & mutaghaiyirat.
    • Pengikut dakwah ikhwan dulu pernah mendakwa bahawa mentakfir orang lain tu adalah satu benda yang disokong oleh Imam Hasan al-Banna
    • Damage has been done at that time, dan Mursyidul Am Hasan al-Hudaibi terpaksa buat damage control dengan menyanggah amalan tersebut dalam bukunya Du'at la Qudhat (Kami Daie bukan Hakim)
    • So untuk menutup pintu fitnah di masa akan datang, kenalah dibukukan prinsip-prinsip tsawabit dan mutaghaiyirat ni. So orang tak boleh nak dakwa-dakwa dah.

  11. HARAPAN. Dengan didefinisikan tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah, semoga ia dapat diwariskan kepada para penerus dakwah & jemaah.
    • Semoga tak jadi lagi penyimpangan ideologi yang dimulai dari dalam kalangan pengikut dakwah


Wallahu a'lam.


Time spent: 54 minutes . Aw man lebih 30 minit

Ahad, 4 Januari 2026

Refleksi: Buku as-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Part 1)

 Bismillah arRahman ar Rahim. 

إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Seperti sedia maklum, ini blog random. Tapi boleh jadi selepas ni saya buat post dengan lebih kkerap, sebab saya sekarang sedang guna satu app yang namanya "Neurolist".

Dia ada timer kena buat satu posting blog dalam masa 30 minit.

Btw tadi skimming buku kat mini library, dan saya ambil buku ni. Harap-harap kita sama-sama dapat habiskan baca & tulis refleksi buku ni la ya

_________________________________

As-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Konsep Tetap & Fleksibel dalam dakwah Ikhwanul Muslimin)
Karya: Jum'ah Amin
Part 1: Kata Pengantar oleh Muhammad Abdullah al-Khatib

So Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib tulis kata pengantar yang panjang ye gais. Saya cuba baca kata pengantar ni dalam masa 10 minit ja, so rushing sikit erm sebab ada timer Neurolist tu. maybe after this kena letak timer minimum 15 or 20 minit kot. Maklumlah slow reader.

Ok btw.

Buku ini Syeikh Jum'ah Amin dedikasikan untuk semua daie yang tetap memelihara prinsip-prinsip dakwah dan tak melakukan tawar menawar terhadap prinsip-prinsip dakwah tersebut. Sebab dengan berkat usaha yang tersebutlah, dakwah sampai kepada kita with its purity and its original essence.

Cuba bayangkan kalau the generation of du'at before us has no back bone. "Eh I tak suka la you share-share ayat Quran kat tempat kediaman kita ni, boleh tak takpayah nak agama-agama sangat". Seandainya du'at sebelum kita mengikut telunjuk orang kafir dan munafiq, nescaya kita pun dapat Islam dalam bentuk yang telah digubah ikut hawa nafsu manusia.

Maka selayaknyalah buku ini didedikasikan untuk mereka.

Ok btw, kata pengantar kan.

So Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib said that, this book was a serious attempt done by Syeikh Jum'ah Amin to document lists of things that should be permanent, and the others that are flexible in dakwah.

Kenapa buku ni penting? Sebab dunia sentiasa berevolusi dan berubah. Bak kata pepatah "zaman dah berubah" or tak tahu la kata-kata siapa. Everything changes. Nature changes. Human changes. Mentality changes. Perubahan adalah sesuatu yang normal dan expected.

HOWEVER, agama Allah, ketetapan Allah, wahyu Allah, perintah Allah - ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya diubah-ubah.

So that's why, this book is important to sketch and explain the limit and boundaries of changes. Tapi dalam masa yang sama, Islam tidak menghalang kita dari berubah mengikut perkembangan zaman.

Moderation is key my friend. 

Kalau liberal sangat (semua benda di-mutaghaiyirat-kan), jadilah macam Citi Kacim.

Kalau jumud sangat (semua benda di-tsawabit-kan), jadilah manusia kuno yang mungkin rasa teknologi-teknologi ni semuanya fitnah, belajar ilmu agama saja, perubatan moden ni haram dsb idk but you get what i mean right

So yea that's why this book is important.

Then sedikit tentang inti dalam buku. I think this one I'll make it into bullet points:

  • Musuh Islam will always trying to change the unchangeable essence of Islam - saying thing such as "zaman dah berubah, pleaselah"
  • Dalam buku ni terangkan apa ja benda yang tsawabit: including 
    • tsawabit dalam tarbiyah, 
    • short and long term goal dalam Islam yang takkan berubah (hadaf & ghayah).
  • Explanation on Risalatut Ta'lim yang menerangkan tentang tsawabit, 
    • rukun, faham, ikhlas, amal, jihad, pengorbanan, ketaatan, keteguhan, kesetiaan, persaudaraan, kepercayaan
    • syuro - and the sirah about it
  • About tujuan akhir dakwah dan tujuan akhir dalam hidup. tentang ibadah
TBH, saya sedikit macam pening la juga baca kata pengantar ni. maybe gap yang disebabkan oleh terjemahan lah kot. Sebab kan asalnya kata pengantar ni ditulis dalam arab. Lepastu diterjemah jadi Bahasa Indonesia. Lepastu saya baca, tukar jadi BM dalam kepala tapi sampai kat you guys jadi Manglish erm nasib lah. 

So kesimpulannya sila baca sendiri. 

Ok btw Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib ada ringkaskan lagi intipati buku ni, as follows:
  1. Hukum Tsawabit & Mutaghaiyirat:
    • Basic nature of all things. Semua benda ada tsawabit, dan mutagahiyirat. Contohnya alam ni kan. Law of physics adalah tsawabit. Tapi apa yang berlaku di dalam alam ni, adalah mutaghaiyirat. Law of physics are unchangeable - kalau berubah akan terjadi kiamat.
    • Begitu juga agama Allah - mesti ada tsawabitnya. Benda ni yang Barat tak faham - atau angkuh dan merasa tinggi dan tak nak faham. Sebab Barat berpendapat hidup manusia ni tak perlu ada tsawabitnya. Religion is confining and limiting they say. Padahal sebenarnya agama ni memang boleh berdamping seiring dengan kehidupan manusia.

  2. Kaum Muslimin & Kehidupan
    • History have shown that religion - specifically Islam - is never to confine us from civilization and development. Buktinya, kaum musliminlah yang dahulunya maju dalam bidang empirikal - sains, kedoktoran, astronomi dsb. 
    • And history have shown that - secularism - Barat mendakwa dengan mengetepikan nilai agama, mereka akan maju dan mendonia. Tapi zaman kegelapan dan keruntuhan moral adalah sejarah yang mereka ada. "Tapi kami takluk dunia nye nye nye". Bro, menjajah, menjarah, membunuh - ini yang Barat buat. Those are barbaric. How can they call themselves civilized?
    • p/s: "eleh ngata Barat tapi guna manglish dalam blog, hipokrit" - haaa selamat datang. Penggunaan Bahasa Asing ni boleh diinclude dalam rangka mutaghaiyirat ye. I welcome you.

  3. Nilai Islam & Peradaban
    • Pernah dengar tentang moral subjectivity vs moral objectivity? Barat berpegang dengan moral subjectivity, maksudnya nilai murni dan nilai moral mereka berubah ikut zaman. Barat punya moral compass is based on "apa yang kebanyakan orang pada zaman itu rasa". So kalau zaman tu kebanyakan orang rasa homosexuality tu immoral, itulah fatwa mereka. Tapi kalau zaman tu kata pedophilia tu normal dan no moral problem, itulah jadi fatwa mereka.
    • Berbeza dengan Islam, moral kita objektif, Salah satu benda yang tsawabit tak boleh diubah-ubah. Dan nilai kita tak pernah berubah - Islam has always encourage marriage, development, good food, and moderation in all things. Ini menunjukkan Islam boleh bergerak seiring dengan perkembangan zaman, sebab Islam menyentuh bukan bab ritual sahaja, tapi juga kehidupan sehari-harian.
       
  4. Dasar-dasar nilai dalam Islam
    • Dasar moral kita adalah sekitar tauhid, taqwa, iman kepada Allah, kemuliaan manusia, kemerdekaan, ilmu & amal soleh.
    • Untungnya kita, takpayah nak susah-susah fikir apa dasar moral dan nilai dalam Islam. Sebab Allah dah bagi semuanya melalui al-Quran dan teladan Rasulullah SAW.
    • Contoh rujukan moraliti yang kita boleh guna, stated in Surah 18: 1-10. Surah al-Mu'minun ayat 1 hingga 10, yang Allah terangkan how should a muslim behave, what are the moral limit and boundaries etc.
    • Tinggal ikut je gais. Tak payah susah-susah update moral law setiap 5 tahun macam kat Barat. 

  5. Nilai-nilai yang baku & tetap
    • Ok then buat ke sekian kalinya, buku ni menekankan lagi tentang tsawabit yang nilainya baku, ikut skema, tetap dan tak berubah-ubah
    • You may wonder kenapa banyak sangat penekanan tentang tsawabit ni? Mana mutaghaiyirat. Well. manusia ni memang kreatif dan suka ubah-ubah so takpayah ajar banyak sangat la kan pasal mutaghaiyirat ni. 
    • Nilai-nilai tsawabit ni yang akan tetap terancam sebab orang asyik nak ubah-ubah. Maklumlah, susah nak diikut kadang-kadang.

  6. Percubaan terus-menerus
    • Satu realiti yang kita mesti faham, ialah musah-musah Islam akan keep on cuba untuk mengubah kita. Mereka kenalkan kita kepada:
      • Materialism: "fokus dunia je. harta, kecantikan, duit, populariti. These are the important things. Immaterial things are unimportant. Religion? who cares as long as you are 'successful' - kaya cantik baik"
      • Permissivism: permissive - "tak pelah asalkan dia tak kacau orang, biarlah dia"
      • Atheism: "benda tak nampak, benda takleh diukur, maksudnya dia tak wujud" - bapak angkuh gila macam semua benda dia lah yang paling bijak

    • p/s: sebenarnya saya ingatkan dah habis, rupanya ada lagi. erm dah sejam dah ni menulis post, ingatkan nak spend 30 minit je.
    • btw ada lagi 2
       
  7. Pandangan para pembela Islam
    • Pandangan Barat ni bukanlah langsung tak boleh dipakai, tapi apa yang tak bercanggah dengan Islam dan tak mengubah tsawabit dalam Islam, kita boleh ambil
    • But still, pokok pangkal kita jangan dilenyapkan. Keimanan tetap menjadi tonggak kekuatan yang utama
    • Orang Islam yang menyangka mereka boleh ambil dari Barat 100% - ini adalah orang-orang yang berangan dan sesat

  8. Peranan kebangkitan Islam
    • Jadi semua gerakan-gerakan dakwah kenalah sedar benda ni, dan faham prinsip-prinsip yang tsawabit dan yang mutaghaiyirat

So kesimpulannya, anda boleh dapatkan buku tersebut dan bacalah ye. Boleh jadi yang membaca akan lebih faham dari saya yang sekadar membaca dan merefleksi.

Wallahu a'lam. 

Spent time: 72 minutes