Assalamualaikum wbt
Hari-hari kuarantin,
kebanyakan orang mungkin gunakan untuk berehat, bersenang-senang dll.
Maklumlah, mungkin selama ini hidup kita dihimpit kesibukan dunia – bekerja
dsb.
Jadi waktu-waktu
sebegini, punyalah saya kesempatan mungkin untuk menulis dan berkongsi – apalah
kan yang kita usahakan waktu-waktu sebegini?
Kalau saya, sebahagiannya
saya habiskan dengan belajar, berinteraksi maya (memandangkan kena duduk
diam-diam kat rumah), baca al-Quran, sustain perniagaan, mendengar tazkirah
rakaman dan juga memasak <3.
Rugilah waktu senggang ini kita tak syukurinya
dengan sebaiknya, gunakan untuk meningkatkan kualiti diri (dan kualiti masakan?
Haha).
Tapi hari ini, saya
bukan nak kongsikan tentang resepi masakan ke apa. Sebab saya masak pun
experiment je, bukannya masak secara serius (contohnya: tauhu tu actually kita
boleh makan as tau fu fa. Beli tauhu dan buat air gula, lepas tu makan).
Instead, hari ini saya
nak kongsikan tentang suatu rakaman sharing oleh Dr. Haji Mohd Hizul Azri,
penasihat NGO MyFundAction. Ada kawan yang recommend pada saya rakaman ni, so
saya pun “hmmmm menarik” lalu dengar; spent about 40 minutes listening dan wah
banyak sangat input yang saya dapatkan. 40 minit tu tak lama ok, selalu steady
je kan kalau tonton drama sejam.
So sedikitlah saya akan
kongsikan hari ini, daripada sharing tu. Ayatnya saya olah, dan ada juga sebahagiannya
saya tambah tapi masih bersesuaian dengan mesej sharing tersebut:
1. Berkenaan iman:
Iman adalah satu hal yang sangat mudah berubah-ubah. Sangat sensitif. Lagi-lagi
bila kit ani berada dalam zaman yang disebutkan Nabi SAW sebagai satu zaman –
yang mana manusia beriman paginya, kemudian kufur petangnya; ada juga orang
yang beriman petangnya, kemudian kufur paginya (Hadis Muslim).
Dalam masa 12
jam sahaja, imannya boleh merentas dari range yang paling tinggi ke range yang
paling rendah.
Sangat mudah dicemari, sangat cepat dicemari. Tapi ramai kita yang tak
pernah perasan, kerana orang sekeliling kita orang kebanyakan juga tak perasan
dan tak menegur; dan kita juga tak sensitif dengan keadaan iman kita sendiri.
Iman ini, dia mempunyai spektrum. Sama macam kadar pencemaran air – pun ada
spektrum. Sungai Klang bukannya tiba-tiba tercemar – tapi dia bermula dengan
sedikit demi sedikit – sungainya hilang jernihnya.
Macam tu juga dengan iman kita. Iman kita tercemar dengan sedikit demi
sedikit. Bukannya tiba-tiba murtad. Bukannya tiba-tiba kufur. Tapi dengan sekecil-kecil
pollutant yang kita perkenalkan kepada iman kita, sesungguhnya lama-kelamaan ia
akan merosak iman kita; bak kata modified-pepatah ‘sikit-sikit lama-lama jadi
gelap hati’.
Jadi jangan sekali-kali kita memanjakan nafsu kita dan melemahkan iman
kita sendiri dengan sebarang pollutant tak kiralah sekecil mana pun pollutant
tu;
Tinggalkan apa yang tak memberi manfaat kepada diri kita (Hadis
Tirmizi).
Tinggalkanlah games, permainan dan kelekaan-kelekaan yang tak memberikan sebarang manfaat dunia dan akhirat (62:11).
Tinggalkanlah sikap membuang masa dan bermalas-malas. Doa Nabi SAW
ajarkan pada kita pada tiap kali ma’thurat pagi dan petang – “…dan aku
berlindung kepada Engkau Ya Allah daripada sikap lemah dan malas..” – doa itu
perlu dituruti dengan usaha.
Tinggalkanlah segala dosa dan maksiat yang kita lakukannya sedangkan
kita tahu ia adalah dosa dan kesalahan (8:27).
Jangan diikut orang kebanyakan (6:116). Sesuatu yang ramai orang melakukannya
bukanlah menjadi dalil untuk kita pula membiasakan diri kita dengannya. Manusia
kebanyakan kata ‘main games tiada salahnya cuma harus berpada-pada’, itu bukan
dalil untuk kita juga menjebakkan diri dalam kelalaian – terutamanya buat orang
yang ingin menjadi orang yang utama di sisi Allah (23:1-3).
Dan ini adalah antara point yang saya tertarik untuk emphasize di sini:
Allah itu tidak akan menzalimi sesiapa pun, walaupun sebesar zarah (4:40).
Allah tidak menzalimi orang yang beriman, tidak juga orang yang kufur, tidak
juga haiwan, pokok-pokok dan segala macam makhluk.
Jadi kalau kita hari ini telah merasakan hilangnya kelazatan dalam
ibadah, hilang manis dalam perkara iman, Allah tarik nikmat iman – itu bukan
Allah yang zalim. Tapi kita yang gedik-gedik mendekati dunia sampai kita
menjadi tenteram dengan kelekaan dan dunia.
Kita yang gedik-gedik mencari ketenangan lain selain daripada apa yang
ada di sisi Allah. Padahal ketenangan itu ada di sisi Allah (13:28).
Kita yang mencari-cari rasa tenang dapat release stress dengan mendengar lagu yang bukan-bukan, dengan games, dengan movie dsb. Sampaikan kita merasa berkecamuk dan meronta-ronta dalam jalan keimanan tapi sebaliknya rasa tenteram dan redha dengan kemewahan, wang dan kesenangan dunia (10:7).
Kita yang mencari-cari rasa tenang dapat release stress dengan mendengar lagu yang bukan-bukan, dengan games, dengan movie dsb. Sampaikan kita merasa berkecamuk dan meronta-ronta dalam jalan keimanan tapi sebaliknya rasa tenteram dan redha dengan kemewahan, wang dan kesenangan dunia (10:7).
Lalu wajarlah Allah mencabut nikmat keimanan dari diri, bila tak pandai
mensyukuri nikmat iman tersebut – na’udzu billah min dzalik.
Keimanan dan akhirat dibandingkan dengan dunia, adalah seperti timur dan
barat (Imam Hasan al-Basri). Bila kita menuju ke barat, nescaya yang ditinggalkan
di belakang kita itu adalah timurnya – semakin lama semakin jauh.