Ahad, 4 Januari 2026

Refleksi: Buku as-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Part 1)

 Bismillah arRahman ar Rahim. 

إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Seperti sedia maklum, ini blog random. Tapi boleh jadi selepas ni saya buat post dengan lebih kkerap, sebab saya sekarang sedang guna satu app yang namanya "Neurolist".

Dia ada timer kena buat satu posting blog dalam masa 30 minit.

Btw tadi skimming buku kat mini library, dan saya ambil buku ni. Harap-harap kita sama-sama dapat habiskan baca & tulis refleksi buku ni la ya

_________________________________

As-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Konsep Tetap & Fleksibel dalam dakwah Ikhwanul Muslimin)
Karya: Jum'ah Amin
Part 1: Kata Pengantar oleh Muhammad Abdullah al-Khatib

So Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib tulis kata pengantar yang panjang ye gais. Saya cuba baca kata pengantar ni dalam masa 10 minit ja, so rushing sikit erm sebab ada timer Neurolist tu. maybe after this kena letak timer minimum 15 or 20 minit kot. Maklumlah slow reader.

Ok btw.

Buku ini Syeikh Jum'ah Amin dedikasikan untuk semua daie yang tetap memelihara prinsip-prinsip dakwah dan tak melakukan tawar menawar terhadap prinsip-prinsip dakwah tersebut. Sebab dengan berkat usaha yang tersebutlah, dakwah sampai kepada kita with its purity and its original essence.

Cuba bayangkan kalau the generation of du'at before us has no back bone. "Eh I tak suka la you share-share ayat Quran kat tempat kediaman kita ni, boleh tak takpayah nak agama-agama sangat". Seandainya du'at sebelum kita mengikut telunjuk orang kafir dan munafiq, nescaya kita pun dapat Islam dalam bentuk yang telah digubah ikut hawa nafsu manusia.

Maka selayaknyalah buku ini didedikasikan untuk mereka.

Ok btw, kata pengantar kan.

So Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib said that, this book was a serious attempt done by Syeikh Jum'ah Amin to document lists of things that should be permanent, and the others that are flexible in dakwah.

Kenapa buku ni penting? Sebab dunia sentiasa berevolusi dan berubah. Bak kata pepatah "zaman dah berubah" or tak tahu la kata-kata siapa. Everything changes. Nature changes. Human changes. Mentality changes. Perubahan adalah sesuatu yang normal dan expected.

HOWEVER, agama Allah, ketetapan Allah, wahyu Allah, perintah Allah - ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya diubah-ubah.

So that's why, this book is important to sketch and explain the limit and boundaries of changes. Tapi dalam masa yang sama, Islam tidak menghalang kita dari berubah mengikut perkembangan zaman.

Moderation is key my friend. 

Kalau liberal sangat (semua benda di-mutaghaiyirat-kan), jadilah macam Citi Kacim.

Kalau jumud sangat (semua benda di-tsawabit-kan), jadilah manusia kuno yang mungkin rasa teknologi-teknologi ni semuanya fitnah, belajar ilmu agama saja, perubatan moden ni haram dsb idk but you get what i mean right

So yea that's why this book is important.

Then sedikit tentang inti dalam buku. I think this one I'll make it into bullet points:

  • Musuh Islam will always trying to change the unchangeable essence of Islam - saying thing such as "zaman dah berubah, pleaselah"
  • Dalam buku ni terangkan apa ja benda yang tsawabit: including 
    • tsawabit dalam tarbiyah, 
    • short and long term goal dalam Islam yang takkan berubah (hadaf & ghayah).
  • Explanation on Risalatut Ta'lim yang menerangkan tentang tsawabit, 
    • rukun, faham, ikhlas, amal, jihad, pengorbanan, ketaatan, keteguhan, kesetiaan, persaudaraan, kepercayaan
    • syuro - and the sirah about it
  • About tujuan akhir dakwah dan tujuan akhir dalam hidup. tentang ibadah
TBH, saya sedikit macam pening la juga baca kata pengantar ni. maybe gap yang disebabkan oleh terjemahan lah kot. Sebab kan asalnya kata pengantar ni ditulis dalam arab. Lepastu diterjemah jadi Bahasa Indonesia. Lepastu saya baca, tukar jadi BM dalam kepala tapi sampai kat you guys jadi Manglish erm nasib lah. 

So kesimpulannya sila baca sendiri. 

Ok btw Syeikh Muhammad Abdullah al-Khatib ada ringkaskan lagi intipati buku ni, as follows:
  1. Hukum Tsawabit & Mutaghaiyirat:
    • Basic nature of all things. Semua benda ada tsawabit, dan mutagahiyirat. Contohnya alam ni kan. Law of physics adalah tsawabit. Tapi apa yang berlaku di dalam alam ni, adalah mutaghaiyirat. Law of physics are unchangeable - kalau berubah akan terjadi kiamat.
    • Begitu juga agama Allah - mesti ada tsawabitnya. Benda ni yang Barat tak faham - atau angkuh dan merasa tinggi dan tak nak faham. Sebab Barat berpendapat hidup manusia ni tak perlu ada tsawabitnya. Religion is confining and limiting they say. Padahal sebenarnya agama ni memang boleh berdamping seiring dengan kehidupan manusia.

  2. Kaum Muslimin & Kehidupan
    • History have shown that religion - specifically Islam - is never to confine us from civilization and development. Buktinya, kaum musliminlah yang dahulunya maju dalam bidang empirikal - sains, kedoktoran, astronomi dsb. 
    • And history have shown that - secularism - Barat mendakwa dengan mengetepikan nilai agama, mereka akan maju dan mendonia. Tapi zaman kegelapan dan keruntuhan moral adalah sejarah yang mereka ada. "Tapi kami takluk dunia nye nye nye". Bro, menjajah, menjarah, membunuh - ini yang Barat buat. Those are barbaric. How can they call themselves civilized?
    • p/s: "eleh ngata Barat tapi guna manglish dalam blog, hipokrit" - haaa selamat datang. Penggunaan Bahasa Asing ni boleh diinclude dalam rangka mutaghaiyirat ye. I welcome you.

  3. Nilai Islam & Peradaban
    • Pernah dengar tentang moral subjectivity vs moral objectivity? Barat berpegang dengan moral subjectivity, maksudnya nilai murni dan nilai moral mereka berubah ikut zaman. Barat punya moral compass is based on "apa yang kebanyakan orang pada zaman itu rasa". So kalau zaman tu kebanyakan orang rasa homosexuality tu immoral, itulah fatwa mereka. Tapi kalau zaman tu kata pedophilia tu normal dan no moral problem, itulah jadi fatwa mereka.
    • Berbeza dengan Islam, moral kita objektif, Salah satu benda yang tsawabit tak boleh diubah-ubah. Dan nilai kita tak pernah berubah - Islam has always encourage marriage, development, good food, and moderation in all things. Ini menunjukkan Islam boleh bergerak seiring dengan perkembangan zaman, sebab Islam menyentuh bukan bab ritual sahaja, tapi juga kehidupan sehari-harian.
       
  4. Dasar-dasar nilai dalam Islam
    • Dasar moral kita adalah sekitar tauhid, taqwa, iman kepada Allah, kemuliaan manusia, kemerdekaan, ilmu & amal soleh.
    • Untungnya kita, takpayah nak susah-susah fikir apa dasar moral dan nilai dalam Islam. Sebab Allah dah bagi semuanya melalui al-Quran dan teladan Rasulullah SAW.
    • Contoh rujukan moraliti yang kita boleh guna, stated in Surah 18: 1-10. Surah al-Mu'minun ayat 1 hingga 10, yang Allah terangkan how should a muslim behave, what are the moral limit and boundaries etc.
    • Tinggal ikut je gais. Tak payah susah-susah update moral law setiap 5 tahun macam kat Barat. 

  5. Nilai-nilai yang baku & tetap
    • Ok then buat ke sekian kalinya, buku ni menekankan lagi tentang tsawabit yang nilainya baku, ikut skema, tetap dan tak berubah-ubah
    • You may wonder kenapa banyak sangat penekanan tentang tsawabit ni? Mana mutaghaiyirat. Well. manusia ni memang kreatif dan suka ubah-ubah so takpayah ajar banyak sangat la kan pasal mutaghaiyirat ni. 
    • Nilai-nilai tsawabit ni yang akan tetap terancam sebab orang asyik nak ubah-ubah. Maklumlah, susah nak diikut kadang-kadang.

  6. Percubaan terus-menerus
    • Satu realiti yang kita mesti faham, ialah musah-musah Islam akan keep on cuba untuk mengubah kita. Mereka kenalkan kita kepada:
      • Materialism: "fokus dunia je. harta, kecantikan, duit, populariti. These are the important things. Immaterial things are unimportant. Religion? who cares as long as you are 'successful' - kaya cantik baik"
      • Permissivism: permissive - "tak pelah asalkan dia tak kacau orang, biarlah dia"
      • Atheism: "benda tak nampak, benda takleh diukur, maksudnya dia tak wujud" - bapak angkuh gila macam semua benda dia lah yang paling bijak

    • p/s: sebenarnya saya ingatkan dah habis, rupanya ada lagi. erm dah sejam dah ni menulis post, ingatkan nak spend 30 minit je.
    • btw ada lagi 2
       
  7. Pandangan para pembela Islam
    • Pandangan Barat ni bukanlah langsung tak boleh dipakai, tapi apa yang tak bercanggah dengan Islam dan tak mengubah tsawabit dalam Islam, kita boleh ambil
    • But still, pokok pangkal kita jangan dilenyapkan. Keimanan tetap menjadi tonggak kekuatan yang utama
    • Orang Islam yang menyangka mereka boleh ambil dari Barat 100% - ini adalah orang-orang yang berangan dan sesat

  8. Peranan kebangkitan Islam
    • Jadi semua gerakan-gerakan dakwah kenalah sedar benda ni, dan faham prinsip-prinsip yang tsawabit dan yang mutaghaiyirat

So kesimpulannya, anda boleh dapatkan buku tersebut dan bacalah ye. Boleh jadi yang membaca akan lebih faham dari saya yang sekadar membaca dan merefleksi.

Wallahu a'lam. 

Spent time: 72 minutes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan