Jumaat, 26 September 2025

Refleksi: Buku Pemikiran Moderat Hasan al-Banna

 Bismillah arRahman ar Rahim. 

إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Seperti sedia maklum, saya random. Jadi tadi dalam jam 1 pagi, waktu saya tengah listkan to do list nak kena buat untuk siangnya, saya rasa macam "erm apa lagi nak buat ya".

Ting! Kita baca buku lah. Tulis kat todo list.

Ting ting! Ha apa kata kita buat refleksi buku kat blog.

So yea, saya pun pergi la mini library kat ruang tamu, dan ambil buku yang paling atas, paling kiri. Sebab niat di hati nak baca semua buku yang ada, so kita kena la ambil ikut turutan.

Sekali buku finance pulak (housemate punya, kita panggil dia Wanie).

Ok, letak balik buku tu, ambil pulak buku paling atas, kanan pulak. Sekali buku management apatah. Buku akademik Wanie jugak rasanya. Pulangkan balik.

Ok so kita pun ambik buku paling bawah kiri. Waih buku medic pulak. Erm pulangkan balik.

Jadi akhirnya pergi buku yang paling bawah kanan. So dapat lah buku ni:

 Tajuk: Pemikiran Moderat Hasan al-Banna

 Karya: Syeikh Mustafa Muhammad at-Tohan (مصطفى محمد الطحان )


Ok jadi untuk entri-entri yang ke depan, kita akan kupas buku ni sampai habis ya. Ada berapa part? Taktahu. Tapi kali ni saya akan share refleksi dari kata pengantar.

"Kenapa kata pengantar pun kena baca?"

Erm sebab saya rasa, mesti ada sebab kenapa satu-satu buku tu ada kata penerbitlah, kata penulis lah, mukadimah lah. Jadi that's why kalau baca buku, saya takkan skip terus direct ke bab 1.

Ok so basically refleksi saya untuk kata pengantar tu macamni:

Kata pengantar oleh: Syeikh Mustafa Masyhur (Mursyidul Am ke-5 untuk Ikhwanul Muslimin)

Point yang saya faham and nak highlight, dan saya kupas dalam ayat saya:

 Syeikh Mustafa Masyhur bagitahu, kefahaman ni penting. Ilmu dengan amal kena seiring. Kita ni sebagai muslim, sebagai daie, tak boleh semberono suka hati je nak beramal beribadah macamana. So that's why buku ni penting, jadi kita boleh faham pemikiran macamana yang sepatutnya kita ada, prinsip apa yang kita kena ada untuk beramal dan berdakwah.

 Tak cun kalau kita ni nak berdakwah, tapi tak ada ilmu. Tak ada kefahaman. Kalau kita tak ada ilmu dan kefahaman, maka tentulah benda yang kita dakwahkan boleh jadi entah apa-apa, menyimpang dari yang sepatutnya. Macam Siti Kasim. Begitu mantap semangat "dakwahnya" tapi aneh-aneh kefahamannya. Sebab dia tak faham, dan kita doakan moga suatu hari nanti Allah beri dia hidayah dan kefahaman. Buat masa sekarang, jangan contohi Siti Kasim. Kita kalau nak berdakwah, kenalah dengan berbekalkan kefahaman.

Syeikh Mustafa Masyhur quote kata-kata Imam Hasan al-Basri: 

"Orang yang beramal tanpa berlandaskan ilmu bagaikan seorang pengembara yang berjalan bukan pada jalannya. Ia lebih banyak merosak daripada memperbaiki. Maka carilah ilmu sebanyak-banyaknya kerana ia tidak akan pernah membahayakan ibadah yang dilakukan. Dan lakukanlah ibadah sebanyak mungkin kerana ia tidak akan membahayakan ilmu yang telah kamu peroleh".


 Dan of course lah tak cun juga kalau menuntut ilmu je, tapi tak berdakwah. Ehm ni banyaklah berlaku di Malaysia ni, golongan agamawan atau pelajar-pelajar bidang agama. Kerjanya belajar je, ilmu dan kefahaman banyak-banyak tapi dipikul je bawa sampai mati, tak diamalkan, tak disampaikan. Macam keldai.

"Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (Surah al-Jumuah, 62:5)

So basically, itulah moderate. Wasatiyyah. Pertengahan. Kesederhanaan. Ummat yang wasat. 

Orang yang beramal tanpa ilmu adalah melampau ketiadaan ilmunya. -- sesat macam orang kristian yang 'soleh'.

Dan orang yang berilmu tanpa amal adalah melampau ketiadaan amalnya. -- angkuh macam orang yahudi yang 'alim'.

Menjadi moderat ni adalah keperibadian seorang muslim,

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) “umat pertengahan”agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...." (Surah al-Baqarah, 2:143).

Jadi macamanalah nak ada pemikiran yang moderat, seimbang, sederhana ni dalam kita nak berdakwah?

Buku ni kupas 20 prinsip dasar gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin. So apalah kupasan 20 prinsip tu?

Ada lah secara briefly Syeikh Mustafa Masyhur mention. Perbahasan buku ni including:

- kekeliruan tentang "Jemaah Islam"

- al-Quran dan as-Sunnah adalah rujukan utama

- kaedah untuk jaga diri dari menyimpang dalam berdakwah

- the urgency of ilmu

- masalah takfirkan orang muslim yang lain

- usul isyrin

lepastu Syeikh Mustafa Masyhur sebut juga dalam kata pengantar, tentang realiti dakwah. Wujudnya musuh-musuh Islam, yang terdiri dari segolongan dari bangsa Yahudi, golongan dari bangsa Barat. Tapi orang yang berada dalam dakwah, hendaklah sampaikan dakwah dengan benar, toleransi, dan hikmah.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (Surah an-Nahl, 16:125).

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (Surah Fussilat, 41: 34-35).

"Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” " (Surah Yusuf, 12:108)


So yea basically peringatan lah untuk para daie. Untuk semua umat muslim lah. Ok itu je refleksinya. Tapi ni kupasan saya lah. Jangan baca kupasan kat sini je tapi tak baca bukunya.

Sila baca sendiri juga buku "Pemikiran Moderat Hasan al-Banna" tu, ok?


Ok terima kasih moga bermanfaat kalau ada salah boleh tegur. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan