Bismillah arRahman ar Rahim.
إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد
Assalamu alaykum wbt.
Ok so today I will try to write within 30 minutes only, I've set a timer. So we're gonna go dive straight to the point.
____________________________________________________
As-Tsawabit wal-Mutaghaiyirat (Konsep Tetap & Fleksibel dalam dakwah Ikhwanul Muslimin)
Karya: Jum'ah Amin
Part 2: Sebuah Pendahuluan & Penjelasan
So bab ni menerangkan:
- WHY. Kenapa tsawabit tu perlu ada. Dan diterangkan dengan analogi dan ayat Quran.
- IMPACT. Kesan what will happen if tsawabit tak ada, atau tak dijaga
- BACK STORY. Kenapa dari zaman Rasulullah SAW, istilah 'tsawabit & mutaghaiyirat' ni tak wujud.
- WHY. Kenapa diadakan istilah tsawabit & mutaghaiyirat, sedangkan sebelum ni tak pernah wujud. Kenapa kita perlukan sekarang sedangkan dulu tak perlu. Kenapa dibuat inovasi ni?
- Usaha yang telah diletakkan penulis untuk sedaya upaya agar tepat penyampaiannya dalam buku ni, tapi still ada disclaimer, sebab manusia biasa tak ma'shum. Pendapatnya boleh diterima & ditolak. Penulis terbuka kepada kritikan dan komen dari para pengemban dakwah.
- SIRAH. Sejarah bahawa dari zaman Khulufa ar-Rasyidin, mereka pun terpaksa berijtihad dan melakukan inovasi dan pembaharuan selepas ketiadaan Rasulullah SAW.
- Kepentingan untuk para murid tetap terus berfikir dan mengembangkan pelajaran gurunya dengan ijtihad-ijtihad yang baharu. Bukan sekadar mengikut semuanya.
- Contoh-contoh cabang ilmu yang baharu, yang dah berkembang walaupun tak wujud pada zaman Rasulullah SAW
- URGENCY. Untuk menerangkan tentang tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah dah mencapai tahap yang sangat urgent dan perlu dilakukan sesegera yang mungkin.
- STUDY CASE. Study case yang telah berlaku di zaman Mursyidul Am Hasan al-Hudaibi, perihal mentakfir sesama muslim. Berlaku kerana kekeliruan dalam hal yang tsawabit & mutaghaiyirat.
- HARAPAN. Dengan didefinisikan tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah, semoga ia dapat diwariskan kepada para penerus dakwah & jemaah.
____________________________________________________
I will not rewrite the chapter of course. Saya akan attach keypoints jak.
- WHY. Kenapa tsawabit tu perlu ada. Dan diterangkan dengan analogi dan ayat Quran:
- Tsawabit adalah foundation dalam dakwah. Semua benda ada foundation, dan foundation tak boleh diubah-ubah.
- Contoh macam bangunan. foundationnya kena kukuh, tetap dan tak bergerak.
- Foundation dan hukum alam: Surah Yasin : 37 - 40
- IMPACT. Kesan what will happen if tsawabit tak ada, atau tak dijaga
- Impact kalau foundation alam berubah: Surah al-Infitar : 1 - 2 (aka kiamat)
- Begitulah dakwah dan jemaah. Kalau tak berpegang pada tsawabit, dakwahnya dan jemaahnya akan hancur.
- Study case yang berlaku sebab foundation tsawabit tak kukuh: mengkafirkan orang lain
- BACK STORY. Kenapa dari zaman Rasulullah SAW, istilah 'tsawabit & mutaghaiyirat' ni tak wujud.
- Sebab zaman tu, kalau berselisih faham je, boleh direct rujuk Rasulullah
- Imam Hasan al-Banna adalah pencetus istilah tsawabit & mutaghaiyirat. Waktu beliau masih hidup, bila ikhwan berselisih faham tentang manhaj dakwah, boleh direct rujuk.
- So that's why zaman tu tak ada dicompile jadi buku
- WHY. Kenapa diadakan istilah tsawabit & mutaghaiyirat, sedangkan sebelum ni tak pernah wujud. Kenapa kita perlukan sekarang sedangkan dulu tak perlu. Kenapa dibuat inovasi ni?
- Supaya boleh dirujuk. Bukan buat dakwah ikut rasa-rasa. Ada methodologynya yang dah dicompile, dianalisis, dikritik, dikomen.
- Dan the presentation of the methodology ni sentiasa boleh dikritik dan ditambah baik. PRESENTATION jak. Tsawabit, konten tsawabitnya adalah tetap.
- Usaha yang telah diletakkan penulis untuk sedaya upaya agar tepat penyampaiannya dalam buku ni, tapi still ada disclaimer, sebab manusia biasa tak ma'shum. Pendapatnya boleh diterima & ditolak. Penulis terbuka kepada kritikan dan komen dari para pengemban dakwah.
- Penulis dalam membukukan karya ini, telah menerima banyak komen dari para ikhwan yang lainnya. Untuk sama-sama pastikan kontennya betul dan sedaya upaya supaya orang tak salah faham
- SIRAH. Sejarah bahawa dari zaman Khulufa ar-Rasyidin, mereka pun terpaksa berijtihad dan melakukan inovasi dan pembaharuan selepas ketiadaan Rasulullah SAW.
- Kisah tentang compilation of al-Quran
- Juga the history of membubuh titik dan tanda baris dalam al-Quran
- Kepentingan untuk para murid tetap terus berfikir dan mengembangkan pelajaran gurunya dengan ijtihad-ijtihad yang baharu. Bukan sekadar mengikut semuanya.
- Seandainya para sahabat tak berijtihad untuk compile al-Quran, boleh jadi sampai sekarang kita tak ada mushaf al-Quran yang fizikal
- Mazhab fiqh juga terus berkembang sebab para murid terus mengkritik dan cuba untuk berijtihad atas pendpat guru mereka
- Imam Laits lebih faqih berbanding Imam Malik. Tapi mazhabnya tak berkembang, sebab murid-muridnya tak top-up pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka.
- Jadi that's why methodology dakwah ni pun, kita kena keep on top-up pelajaran yang diajarkan oleh guru kita
- Contoh-contoh cabang ilmu yang baharu, yang dah berkembang walaupun tak wujud pada zaman Rasulullah SAW
- Nahu, sorof dan balaghah al-Quran: sebab semakin ramai orang bukan arab masuk Islam
- Fiqh keutamaan, fiqh realiti, fiqh dakwah: pun tak wujud zaman dulu. Tapi sebab keperluan manusia, dia jadi wujud
- Fiqh autism contohnya. Dulu tak wujud. Tapi sekarang wujud sebab masyarakat perlukan.
- URGENCY. Untuk menerangkan tentang tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah dah mencapai tahap yang sangat urgent dan perlu dilakukan sesegera yang mungkin.
- Sebab sistem sekarang memandang semua benda perlu ada fleksibiliti. Sistem yang kita hidup di dalamnya mengajarkan yang demikian - sekularisme, liberalisme, kapitalisme, demokrasi, komunisme dsb
- Dan semakin banyak juga perihal-perihal mutaghaiyirat yang wujud - perihal wanita dalam politik, perihal parlimen dsb
- STUDY CASE. Study case yang telah berlaku di zaman Mursyidul Am Hasan al-Hudaibi, perihal mentakfir sesama muslim. Berlaku kerana kekeliruan dalam hal yang tsawabit & mutaghaiyirat.
- Pengikut dakwah ikhwan dulu pernah mendakwa bahawa mentakfir orang lain tu adalah satu benda yang disokong oleh Imam Hasan al-Banna
- Damage has been done at that time, dan Mursyidul Am Hasan al-Hudaibi terpaksa buat damage control dengan menyanggah amalan tersebut dalam bukunya Du'at la Qudhat (Kami Daie bukan Hakim)
- So untuk menutup pintu fitnah di masa akan datang, kenalah dibukukan prinsip-prinsip tsawabit dan mutaghaiyirat ni. So orang tak boleh nak dakwa-dakwa dah.
- HARAPAN. Dengan didefinisikan tsawabit & mutaghaiyirat dalam dakwah, semoga ia dapat diwariskan kepada para penerus dakwah & jemaah.
- Semoga tak jadi lagi penyimpangan ideologi yang dimulai dari dalam kalangan pengikut dakwah
Wallahu a'lam.
Time spent: 54 minutes . Aw man lebih 30 minit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan