Selasa, 13 Januari 2026

Refleksi: Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Part 1)

 Bismillah arRahman ar Rahim. 

إن الحمد لله نحمده ونستعنه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد

Assalamu alaykum wbt.

SAYA SEDIKIT EXCITED. 

Sebab saya buat refleksi dengan cara voice note kepada ChatGPT, then dia tukar jadi proper writing form. So jimat masa saya menulis, dan lebih mudah after this nak tulis entries. Dan lebih laju kita dapat buat entries, more time for other things, and lebih banyak entry kita dapat tulis dalam masa yang singkat.

Ok yang di bawah adalah copy paste dari transcription of my voice note. Of course edited mana yang perlu.

___________________________________

Okey, so walaupun asalnya kita baca buku As-Tsawabit wal-Mutaghayyirat, saya ada masalah untuk baca bab yang pertama sebab saya tak berapa faham. Jadi, kita terpaksa tukar kepada buku lain buat sementara waktu.

Kali ni, kita akan buat reflection untuk satu buku kecil yang ditulis oleh Syeikh Fathi Yakan, seorang syeikh dari Lubnan. 


Madza ya'ni Intima' lil Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam)

Karya: Fathi Yakan

Part 1: Muqaddimah


So yang pertama, kita tengok mukadimah dalam buku ni. Mukadimah dia pendek je. Dalam mukadimah ni, diterangkan yang buku ni ada 2 bahagian.


Bahagian pertama:

Adalah untuk jelaskan syarat-syarat wajib yang perlu ada pada setiap orang Islam. Kenapa bahagian ni penting? Sebab ramai orang masuk Islam tapi macam masuk suka-suka je, tak betul-betul faham apa itu Islam.

Contohnya, dekat sesetengah tempat macam di Borneo, ada yang masuk Islam sebab faktor bantuan macam beras, tapi tak diajar pun pasal Islam tu sendiri.

Lepas tu, ramai juga orang Islam yang lahir-lahir Muslim, tapi sebenarnya tak faham pun Islam tu macam mana. Jadi, mereka ni nampak macam Muslim, tapi sebenarnya belum betul-betul menggabungkan diri dengan Islam.

Dalam bab ni juga diterangkan yang ramai orang tak faham tuntutan sebenar Islam — macam solat, zakat, dan berpegang teguh dengan agama. Islam ni ikut millah Nabi Ibrahim (Surah Al-Hajj, Surah ke-22 ayat 78)

So, persoalan utama dia:

Apa sebenarnya yang buat seseorang tu betul-betul Muslim?

___________________________________

Mukadimah untuk bahagian kedua pula lebih panjang. 


Bahagian kedua:

Intipati dia pasal kewajipan beramal untuk menegakkan Islam dan kewajipan join harakah Islamiah.

Buku ni explain pasal maksud perjuangan dalam Islam, sifat-sifat harakah, matlamat, cara pergerakan, dan metodologi dia.

Penulis bagi contoh yang umat Islam sekarang ni hidup dalam kekosongan, dengan pegangan hidup yang entah apa-apa. Ummat Islam ni tak faham yang semua solution dalam segala permasalahan hidup ni ada dalam Islam. Masyarakat Islam nampak yang Islam ni terpisah dari segala aspek kehidupan yang lain.

Jadi bila ada masalah, kita ambil solusi, contoh cara dari Barat, Timur, kapitalisme, komunisme, demokrasi, dan macam-macam lagi.

Padahal Islam ada panduan. Tapi kita berpaling, mungkin kerana bodoh, atau sombong, atau dua-dua.

Sampaikan masyarakat muslim merasa perlu untuk fit into boxes yang dicipta oleh manusia-manusia jahil yang merasa ideologi mereka kononnya yang terbaik. Sampaikan masyarakat muslim merasa kalau Islam bukan right wing, maksudnya Islam itu left wing.

Padahal Islam ni bukan kanan, bukan kiri, bukan kapitalis, bukan demokrasi, bukan feminis Or whatever mangkuk kind of ideology. 

Islam berdiri sendiri dengan sistem hidup, akidah, akhlak, dan risalah dia sendiri.

Tapi umat Islam cari falsafah lain yang konon-konon lebih hebat daripada Islam. Sedangkan dulu, dengan Islam, umat Islam pernah menguasai dunia.


Contohnya, perlembagaan Malaysia dulu dirangka dengan rujukan British. Ini bukti yang menunjukkan yang kita dah hilang jati diri Islam dan cari panduan dari Barat.


Hakikatnya, kekosongan dan hilang arah ini hanya boleh diisi dengan Islam secara menyeluruh; dari akidah, sistem hidup, akhlak, sampai ke syariah.

Sebab tu harakah Islamiah ni jadi satu tanggungjawab untuk kita pikul dan sebarkan, supaya umat Islam sedar betapa pentingnya kembali kepada Islam.

So, buku ni ada dua bahagian dan dua-dua pun penting.

___________________________________

Soooo itulah muqaddimahnya. 

Untuk next entry, saya akan share pasal bahagian pertama. Dalam bahagian pertama ni ada 6 sub-bahagian:

  1. Saya mestilah muslim dari sudut Akidah
  2. Saya mestilah muslim dari sudut Ibadah
  3. Saya mestilah muslim dari sudut Akhlak
  4. Saya mestilah muslim dari sudut Berkeluarga
  5. Saya mestilah mampu mengawal diri
  6. Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam


Kita akan bahas benda ni dalam next entry. Mayyyybe kalau perbahasannya tak panjang sangat, maybe satu entry kita cover few points.


Okey, bye.

Wallahu’alam.


Time spent: ABOUT 23 MINUTES ONLY ma syaa Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan